Indahnya Percutian di Pangkor

Aku Aku suka kalau dengar bab bercuti kat pulau ni sebab aku ni memang minat sangat duk tepi pantai dihembus angin bayu yang membawa rindu, cewaah. Dengar bunyi ombak jer dapat buat aku relax. Sambil tengok matahari terbenam createkan suasana romantic walaupun aku sorang. Haha kesian kan. This time around, aku nak cite kat hangpa semua, kalaulah korang ada ura-ura atau plan nak ke pulau pangkor, aku nak share pasal satu tempat yang korang boleh stay. 


Pangkor


Nama tempat tu Pangkor Sandy Beach Resort. Kalau korang tak pernah jejak kat tempat ni, aku pesan cuba-cubalah kasi gegar sama ini tempat. Haha..Pangkor Sandy Beach Resort ni senang nak cari sebab dia dekat dengan port biasa dalam Pulau Pangkor. Kalau rasa nak stay lama memang tempat ni paling tiptop and well recommended by others. Camne aku tau? Aku sebelum nak ke tempat tu aku dah baca dan review tentang penginapan  So memang aku nie jenis suka buat preparation so percutian aku takdelah sia-sia, and that’s why aku suggest korang do the same. 

This place is good for family dan kalau korang jenis island backpackers pun takde hal. Resort ni boleh cater semua needs korang, I’ll guaranteed it. Meh sini aku nak cite apa yang syoknya kat resort ni. Dia ada express check in and check out so korang tak payah nak tunggu lama bila nak dapat bilik dengan syarat korang book la awal-awal so takdelah kena berebut bilik nanti. Tak pasal-pasal mood terus jadi down. That’s why korang wajib book awal macam aku book kat Traveloka. Datang-datang dah boleh check in pukul 3 petang. 




Staff kat front desk pun memang suka sangat senyum walaupun aku tak buat lawak. Sebab biasanya aku buat lawak Krik Krik… hahaha. Staff di resort ni bagi servis 5 bintang aku boleh bagi. Reception resort ni pula operate 24 jam sehari so kalau agak-agak terkunci bilik dari luar jangan segan silu minta tolong diorang. Kalau tak tidur kat pantai laa jawabnya.Selain tu, security kat resort ni operate 24 jam gak untuk safety kita semua. Barulah rasa selamat dan yakin takde orang kacau port kita kan. 

Kalau stay lama resort ni ada laundry service untuk korang basuh baju korang, 3-4 kali pun boleh so korang bawak jer 2 helai baju. Hahaha. Resort ni jugak boleh tolong korang kalau korang taktau mana nak pergi atau nak aktiviti apa sebab diorang ada servis tours, siap ada tour guide yang boleh bawak korang ke mana-mana yang best. Dalam bilik lak, ada TV, katil yang empuk, meja untuk korang study kalau rasa nak study untuk final exam la kan, shower ngan bathtub untuk penggemar berendam, bukan badak berendam ya, eh lapar la pulak. 


ISandy beach resort
Haha ok-ok sambung.
Air panas confirm ada, aircond pun confirm ada, tapi yang paling best swimming pool pun ada. Kena training dulu berenang banyak round barulah boleh turun laut, tak gitu boss? Hahaha. Bab makan korang don’t worry, ada restoran yang boleh korang try untuk memenuhi citarasa korang, kalau malas turun boleh order room service. Kalau nak lagi interesting diorang boleh sediakan untuk korang buat bbq. Apa lagi kambing la geng. Hahaha. Ikan pun ok gak. Kalau masa bercuti nanti korang plan nak bersantai tapi tetiba ofis call suruh email sesuatu, kat resort ni ada wifi at public place.

Lepas korang dah setel semua apa lagi jom kita turun beach, lagi banyak aktiviti yang boleh buat. Main bolatampar boleh, snorkelling boleh, mandi laut lepas korang training kat swimming pool pun boleh. Kalau tak sure nak buat apa kacau jer staff resort mana tau ada idea menarik ker. Resort ni memang dekat dengan pekan kecik so kalau korang nak beli apa-apa keperluan atau nak beli makan yang lain dari café resort, no problem. Korang try la yer Pangkor Sandy Beach Resort ni.


Traveloka

Comments

  1. cantik dan menarik..lama tak ke pangkor, nanti boleh try duduk sini

    ReplyDelete
  2. antara pulau yg belum penah sy jejak... siannya saya.... ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh