Gantung Gambar makhluk bernyawa dalam rumah : Malaikat Rahmat tak masuk?

Baru2 ni ada terbaca dekat FB Hukum menggantung gambar makhluk bernyawa (samaada manusia / haiwan) menurut pandangan Islam.


1) Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”


Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai roh sekalipun tidak mempunyai bayang .TIDAK termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai roh seperti pokok2 kayu.Dan yg dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni2 rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam."


Menurut pendapat pertama diatas ini juga,gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga AKAN MENYEBABKAN malaikat Rahmat TIDAK masuk ke dalam rumah.

TETAPI gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang TIDAK digantung pada dinding di dalam rumah seperti gambar yang disimpan di dalam album atau di dalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.

BEGITU juga dengan gambar tumbuhan, dan keindahan alam ciptaan Allah, diharuskan mengantungkan di dinding rumah.

Pendapat pertama ini menyokong hadith yang menyatakan bahawa :

Daripada riwayat al Bukhari no.5950 dan Muslim no.2109 maksudnya:

“Aku pernah mendengar Rasullah SAW bersabda:
sesungguhnya orang yang paling berat seksanya pada hari kiamat kelak adalah para pelukis gambar (mahkluk bernyawa)”

dan:
daripada riwayat al-Bukhari no. 7042 dan Muslim no.2110 maksudnya:

“Aku pernah mendengar Rasullah SAW bersabda:
sesiapa di dunia melukis gambar (mahkluk bernyawa), maka pada hari kiamat kelak akan dibebani untuk meniupkan nyawa ke dalam gambar tersebut, padahal dia memang tidak mampu meniupkan nyawa ke dalamnya.”

Zaman dahulu tiada wujudnya kamera, justeru mereka melukis untuk mempotretkan apa yang dilihat. Melukis gambar manusia / haiwan (sempurna) sifatnya adalah makruh.Para pelukis itu akan disoal diakhirat kerana cuba menyaingi ciptaan Allah.

Dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar (sempurna) bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.Tetapi jika ia melukis kepala sahaja atau muka sahaja tanpa anggota badan hukumnya harus, tidak jatuh makruh kerana lukisan itu tidak sempurna.

bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.


2) Berbalik kepada persoalan Fotografi yang digantung seperti gambar konvokesyen,gambar persandingan, dan gambar keluarga.Terdapat Ulamak moden yang menyatakan:

Ada pendapat yg mengatakan kita boleh meletakkan gambar keluarga dan gambar org yg terdekat dgn kita dgn syarat tidak ada sifat menunjuk-nunjuk,riak dan bermegah-megah

Fatwa Shohibus Samahah, Dr. 'Ali Jum`ah hafizahUllah, mufti Mesir

Tidak mengapa (yakni HARUS) hukumnya mengedar gambar-gambar fotografi atau menggantungkannya, samada gambar manusia maupun haiwan. Ini adalah kerana gambar fotografi hanyalah suatu upaya penahanan atau perakaman imej (yakni imej sesuatu itu ditangkap atau hanya dirakam dengan sejenis alat seperti kamera umpamanya). Yakni imej itu memang ciptaan Allah yang dipantulkan kamera.Bukan lakaran tangan manusia.

Maka tidaklah ada padanya usaha untuk menyaingi penciptaan Allah yang mana warid amaran bagi orang yang membuat lukisan (yakni imej yang ditahan atau dirakam itu tetap imej ciptaan Allah dan bukannya sesuatu yang dibuat oleh seseorang (manusia).

Maka tidak timbul rekaan dan imagenasi melampau  si pelukis untuk mencipta sesuatu (seolah-olah hendak menyaingi ciptaan Allah SWT). Ini adalah apabila foto tersebut bukannya foto bogel atau foto yang boleh menimbulkan fitnah. 

Yang dimaksudkan dengan "tashwir @ membuat gambar" yang diancam dalam hadith adalah pembuatan patung-patung yang sempurna bentuknya, di mana terdapat padanya upaya untuk seolah-olah menyaingi ciptaan Allah taala.

Oleh itu merakam gambar secara fotografi walaupun juga dinamakan sebagai "tashwir" tidaklah haram kerana tidak wujud `illah tersebut padanya dan sesuatu hukum itu bersama dengan illahnya sama ada wujud atau tidak. 

Merakam gambar fotografi pada hakikatnya hanyalah penahanan @ rakaman imej dan ianya tidaklah dinamakan sebagai "tashwir" melainkan secara majaz sahaja. Ketetapan bagi sesuatu hukum adalah berdasarkan kepada yang dinamakan dan bukannya pada namanya.

menggantung foto ayah dan ibumu tersebut menurut Hukum Syarak adalah HARUS kerana tujuan yang murni tersebut selagi mana foto ibumu itu layak dan sopan (yakni tidak mendedahkan aurat). Tidak menjadi masalah sama ada foto tersebut, foto imej yang sempurna ataupun tidak. Yang sedemikian itu bukanlah sesuatu yang diharamkan, jadi ianya tidaklah sebagaimana dikhabarkan sebahagian orang kepadamu.



KESIMPULANNYA:


Ulamak-ulamak kita bukan Jahil atau tidak mengerti bahawa hukum menggantung gambar itu , mereka lebih tahu dari kita, tetapi mereka punya disiplin Ilmu dalam menghikayat qaul-qaul ulamak untuk orang Awam. 

Mereka punya pendirian " Kalau boleh dielakkan daripadanya maka itulah sebaik-baiknya, kerana mengambil jalan ihtiyathi – إحتياطي- iaitu mengambil sikap berwaspada dan berhati-hati agar lebih selamat – itu adalah sangat digalakkan dalam Islam. "

Jadi, Selagi boleh dijauhi maka, jauhi..seeloknya tak perlulah nak gantung gambar-gambar itu.Cukuplah simpan sebagai perhiasan di hati, dalam album gambar.

Kalau nak gantung jugak, jangan ada niat menunjuk2 dan riak.(Ye ke tak ada niat tu? ce tengok kalo orang tanya pasal gambo konvo anak..amboiiii kembang semangkuk.Ye dok? )

Baik tak yah la gantung2

Comments

  1. Paling bagus tidak payah gantung gambar keluarga ke? Sebab rumah banyak gambar keluarga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh