Kahwin Muda :Pendapat Peribadi Saya

Bismillahirahmanirrahim..

Gambar adalah hiasan semata-mata

Okey,untuk entry kali ni I nak bercerita pasal kahwin di usia muda.Namanya pun pendapat Peribadikan, jadi..maybe pendapat I ni tak sama and setara dengan pendapat mereka-mereka di luar sana.Terpulang pada individu untuk menilai dan memberikan pandangan peribadi masing-masing.(I bukan sesiapa,bukan ahli agama, bukan bijak pandai-jadi sudut pandang I hanyalah sebagai orang biasa2)

Terus-terang ,I memang tak ada pengalaman kahwin diusia muda ni.Sebab, I kahwin pun dalam usia yang menjangkau 27 Tahun.Jadi, mungkin pendapat I ni boleh atau maybe tak boleh digunapakai. Macam biasa, I menulis berdasarkan pengalaman, pengamatan sekeliling, dan sedikit pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah (Semua pun maklum..ilmu Allah ni seluas dan sedalam lautan) Apalah sangat nak dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan I yang seciput ni.

I berkahwin sewaktu semester akhir pengajian I di universiti.Masih bergelar pelajar, tapi berkesempatan memikul tanggungjawab sebagai isteri+ pelajar dalam satu masa yang sama. Bukan I seorang sahaja.Ada dua tiga orang junior yang turut sama memikul tanggungjawab yang sama malah ada diantara mereka ketika itu sedang memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bakal ibu!

kahwin muda
                                                                                   Gambar:Ihsan google

Sejujurnya pada pandangan I,I SETUJU dengan perkahwinan di usia muda JIKA:

1)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda adalah seorang yang beragama,soleh,dapat membimbing anda sebagai ketua keluarga.

2) PASANGAN/BAKAL SUAMI anda sangat menghormati dan mentaati kedua orang tuanya.Sangat akrab dan berhubungan baik dengan keluarganya.

3)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda adalah seorang yang lebih tua usianya berbanding anda. (jarak usia 6-10 tahun jika usia anda baru hendak mencecah 20-an)

4)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda matang,berdikari ,rajin, penyabar dan penyayang.

5)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda adalah berkerjaya tetap,rajin berusaha dan bijak menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.

6)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda menepati kesemua ciri-ciri lelaki idaman anda.

7)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda sentiasa menghormati anda sebagai seorang wanita muslim dan sentiasa menjaga batas hubungan dengan anda.

8)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda bersikap natural/semulajadi/bersahaja ketika bersama anda mahupun keluarga anda.



I langsung TAK SETUJU dengan perkahwinan di usia muda JIKA:

1)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda baru nak masuk 19 tahun, anda pulak baru 18 tahun.

2)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda bercakap dengan mak bapak pun kasar, 'kau aku' , makan minum pun masih mak bapak yang tanggung.Duit belanja,duit topup, minyak motor semua mintak mak bapak.Pendek kata-langsung tak lekat kat rumah dengan ibubapa tapi makan minum semua masih mak bapak yang tanggung.

3)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda solat pun tenggelam timbul, masjid pun sekali sekala je jejak, Azan Maghrib berkumandang masih lagi melepak kat Cyber Cafe-chatting.

4)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda baru status 'bercouple' dah rajin naik tangan kat muka,naik kaki kat badan,asyik marah2 konon cemburu buta, asyik mintak duit konon tak cukup duit.Pinjam itu,pinjam ini.Nak beli itu,nak beli ini.Nampak sangat Kaki Kikis, kaki pukul.Tak matang,pemalas,baran.

5)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda tak kerja pun lagi, baru habis SPM tengah mencari-cari kerja tetap.Tapi malas nak berusaha.Alasannya banyak berbakul-bakul bila disuruh cari kerja.Kerja pun nak memilih sahaja-nak yang standard2 gaji tinggi tapi belajar takat SPM saja.Tak Belajar tinggi tak apa tapi kenalah RAJIN

6)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda Korean Look, tapi bangsa lain,agama lain- eh tak apa tu boleh  urus kemudian-suruh masuk Islam (amboii kau ingat senang2?) Tapi family TAK RESTU.

7)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda tahu hukum Halal Haram,hukum hakam agama TAPI tak menghormati hak anda sebagai wanita muslim.Baru kenal sehari dua dah nak pegang sana pegang sini.

8)PASANGAN/BAKAL SUAMI anda romatik, penyayang TAPI bila ajak jumpa ibubapa banyak alasan: tak sedia lagilah, malulah, takutlah.



SEBENARNYA, MEMANG BANYAK KEBAIKKAN KAHWIN MUDA :

1)Menjaga diri dan pasangan dari fitnah dan hasutan Syaitan.

2)Memanjangkan zuriat dan keturunan Nabi Adam A.S

3)Dapat pahala lagi tu - setiap kasih-sayang yang diberi oleh pasangan ,dan setiap perbuatan ikhlas isteri terhadap suami ada ganjaran yang Allah telah sediakan.

4)Menjaga Rohani dan Jasmani.

5)Melatih sikap kepimpinan (Suami) dan ketaatan(isteri) , menjadikan suami isteri lebih matang, bertanggungjawab, penyabar,ikhlas, rajin dan banyak lagi.

TAPI TERPULANG JUGA KEPADA BAGAIMANA ANDA MEMILIH PASANGAN,RESTU KELUARGA, SERTA PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL ANDA!




Comments

  1. Terima Kasih atas perkongsian, jelas sungguh penerangan nya. :)

    ReplyDelete
  2. nice entry sis... sedikit sebanyak dapat membantu untuk cari calon suami.. hihi

    ReplyDelete
  3. Saya pun kahwin umur 27, skang dah 35, dah nak 8 tahun...saya sependapat jugak..bagi saya kahwin bukan suatu yang mudah..biarla dua2 bersedia dari pelbagai sudut barulah kahwin...

    ReplyDelete
  4. Hm..buat entry ni pun sebab ada kawan adik saya tuh, lelaki.Baru 19 tahun dah nak kawen.Yang pompuannya baru 18 tahun.Hingus pun tak kering lagi ,makan minum pon mak bapak tanggung dah nak nikah dengan anak dara orang.Hai..budak2 sekarang..

    ReplyDelete
  5. kee ada tag akak dalam http://leestrawberry.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november-by.html

    ReplyDelete
  6. Bagi Ana...mungkin ada pro n kontranya kawen muda ni...paling senang bila kita berbalik pada takdir...
    jodoh di tangan Allah swt...

    ReplyDelete
  7. Bagi Ana...mungkin ada pro n kontranya kawen muda ni...paling senang bila kita berbalik pada takdir...
    jodoh di tangan Allah swt...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh