Anak Tak Pandai:Apa tindakkan Ibu Bapa?

Okey..Bismillahirahmanirrahim..

Siapa sini dah ada anak angkat tangan? Haippp..! yang belum kawin angkat tangan tu buat apa? anak apa yang korang ada? anak mata? anak kucing?

Baik.Setiap ibubapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak2 mereka ..betul tak? Kalau boleh semua nak anak2 mereka jadi orang yang berjaya..genius. betul tak??Tapi BETUL ke, dengan memberikan pendidikan Akademik semata2 boleh menjamin kejayaan mereka? Apa pula yang akan terjadi kepada anak-anak yang tercicir? TAKKAN berjayakah mereka?



Banyak ibubapa sanggup berhabis-habisan menghantar anak ke sekolah terbagus, tuisyen, pembiayaan peralatan dan buku2 demi kejayaan anak2.Tapi..bagaimana pula..setelah semua usaha dan penah lelah dicurahkan, hasilnya tak menjadi..atau tak berapa nak jadi??

Sebagai ibubapa yang telah lakukan yang terbaik untuk anak2 ,ada sedikit panduan tentang bagaimanakah cara untuk kita memastikan survival untuk anak2 dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini:


1) Ambil tahu tentang tahap IQ dan EQ anak2.Sejauh mana pencapaian mereka dalam Pendidikan dan pengetahuan sekeliling.

Sesetengah ibubapa langsung tidak mahu mengambil tahu tentang tahap EQ dan IQ anak2. Mereka seringkali memaksa anak belajar dan terus belajar sedangkan had dan keupayaan anak mereka sudah terbatas ditahap tertentu.Anak-anak akhirnya merasa kecewa kerana selalu ditekan, seringkali gagal mencapai target yang ditetapkan ibubapa, dan merasa kemurungan kerana terpaksa menuruti kemahuan ibubapa.INGAT..setiap manusia Allah jadikan UNIK dan berbeza dengan kelebihan dan kekurangan masing2.Jika ada kekurangan pada anak kita, maka akan ada juga kelebihan dalam diri mereka!



2) Kenalpasti bakat anak-anak anda.Beri galakkan untuk mereka memperkembangkan bakat mereka!

JANGAN abaikan bakat anak-anak anda.Siapa tahu suatu hari nanti anak anda bakal menjadi pelapis pemain badminton negara -Lee Chong Wei* Atau mungkin menjadi pemain bola sepak seperti Apek* atau mungkin menjadi penyanyi muda yang berbakat seperti Najwa Latiff* ?

Nicole Ann David


3) Terokai minat mereka bersama2 dan cuba latih mereka memperkembangkan minat tersebut.

Apa agaknya hobi dan kesukaan anak anda? Adakah ianya membawa kepada kebaikan? Beri galakkan anak2 untuk menjalankan hobi yang berfaedah.Hobi juga boleh buat duit.Ada anak2 yang suka jadi blogger.Hingga popular dan akhirnya beroleh manfaat dari hasil usahanya.Ada anak minat bermain gitar dan bernyanyi akhirnya mampu memperolehi pendapatan sampingan dengan menerima undangan di majlis2 dan majlis perkahwinan.Ada anak2 suka berlatih silat dan seni pertahankan diri sehingga diundang membuat persembahan, bertanding di pelbagai peringkat dan beroleh kemenangan.Ada juga yang suka membuat kraf dan menjualnya-berniaga.Semuanya mampu menjamin survival dan memberi pengalaman kepada anak2 di masa hadapan.

                                                                          Felt Craft


4)  Bantu mereka memupuk nilai tambah dalam pengetahuan sedia ada.

Jangan hadkan pengetahuan anak2 dengan pembelajaran di sekolah sahaja.Ingat! Jangan jadi katak bawah tempurung.Galakkan anak meneroka dunia luar.Ambil tahu hal dan apa yang terjadi dipersekitaran mereka.Ibu bapa juga boleh membantu anak2 agar dapat mengadaptasi pengetahuan sedia ada dengan apa yang terdapat di sekeliling mereka.Jika perlu, biar anak2 belajar bahasa asing sebagai nilai tambah untuk mereka.Bantu mereka untuk survive!


5) Didikan agama dan perkembangan rohaniah

Paling penting, kuatkan mereka dengan Ilmu agama dan rohaniah agar mereka tidak terumbang ambing walau sederas mana sekalipun lautan dunia yang cuba untuk menghanyutkan mereka.INSYAALLAH..survival pasti akan ada untuk mereka.


Berdoalah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Asyiknya..victoria's secret

Pakej Percutian Penjawat Awam

Cari jodoh