Posts

Showing posts from November, 2014

Ustaz Ustazah 'mee segera'?

Image
Assalamualaikum.Salam sejahtera. Mungkin dah ada pun Bloggers yang buat entri pasal ni, tapi I tetap nak tulis jugak.Ni versi I pulak. Versi ni adalah dari sudut pandang I. Tak kesah la..kalau ada yang tak setuju atau tak berapa nak setuju.Pandangan masing2 kan.Kita negara demokrasi..bebas bersuara.Ada hak untuk bersuara. Seperti yang kita nampak hari ni..memang banyak program2 realiti yang melahirkan pelbagai bakat baru.Tak kurang jugak program realiti yang mencari pelapis dalam bidang keagamaan dan kerohanian.Contohnya, program macam Ustazah Pilihan, Pencetus Ummah, dan sebagainya. Eloklah..kan? Barulah ada konsep 'Ballancing' dekat situ.Mana boleh program hiburan je ada reality showkan? Macam dalam akaun pun kena ada debit dan kredit, dalam Falsafah Cina ada Ying Yang, dalam hidup ada susah ada senang, ada lelaki ada perempuan, ada Siang ada malam. Tapi bagus ke kewujudan ustaz dan ustazah segera ni? Macam 'Mee segera'? Terpulanglah pada penilaian individu.Pada I sen

Cita-citaku menjadi..... ?

Image
Okeyh..salam Jumaat.Actually I memang suka hari Jumaat ni sebab I lahir dulu2 hari Jumaat. Baiklah entri kali ini pasal yang kat 'atas' tu.. Hm..ni sikit intro .. Ha..itu cita2 Tegar da.. Agak2 nye apa cita2 korang pulak? Dulu2 masa I sekolah rendahkan..I rasa bukan I sorang je pun..(semua mesti pernah alaminya) Cikgu selalu tanya, kamu nak jadi apa besar nanti? apa cita2 kamu? - masa tu mulalah sibuk nak pikir nak jadi apa yek? Hm oleh sebab keterbatasan oleh pendedahan tentang kerjaya..maka jawapan klise yang diterima rata2nya adalah.. Saya nak jadi DOKTOR,PEGUAM,CIKGU..Balik2 jawapan yang sama je budak2 ni bagi.Pada waktu itu seingat I dalam darjah lima..(ketika cikgu hendak isi fail rekod pelajar) I telah menjawab soalan Cikgu itu dengan sesuatu yang lain daripada yang lain? Cikgu: Apa cita-cita kamu? I: Nak jadi Guru (jawapan klise) Cikgu :Lagi ? I: Nak jadi Doktor (jugak klise) Cikgu :Pilihan ketiga? (Ada 3 kotak untuk diisi) I: Nak jadi Tukang Jahit. (Ni jawapan X klise)

Aduhh..sukarnya 'memanusiakan' manusia..

Image
Salam..Hai U all..                                                     Keratan daripada cerita 'Happy Gost II' Terkadang perih juga menjadi guru di zaman mellenium ini. Bila guru bersuara dituduh mengeluh. Hakikatnya inilah cabaran 'memanusiakan manusia' di zaman ini.Hatta ada di antara ibubapa sendiri yang I percaya  turut terasa bahang cabaran  'memanusiakan manusia' ini. Pengalaman I sendiri (walaupun agak memalukan dan sehingga kini rasa diri memang tak berdosa ) I pernah ditampar seorang guru Matematik sewaktu dalam darjah 5 atau 6 (kurang ingat) Atas kesalahan tersalah buat latihan matematik, tersalah teknik menulis pengiraan dan jawapan..di depan semua murid di dalam kelas. Kerana tidak puas hati I cuba membela diri dan ditampar sekali lagi. Guru itu kemudiannya menuduh I mereka2 teknik jawapan/penulisan kira2 (tak berapa ingat) lalu memanggil guru Matematik I yang mengajar I di tahun sebelumnya (guru Matematik darjah 4).Lalu di depan kawan2 dan guru itu

Jangan Pandang sebelah mata

Image
Hai semua blogger.Salam sejahtera Gatal tangan sesangat  nak taip entri ni.Cerita ni masa zaman dulu-dulu.Masa tu I masih di sekolah menengah.Tak silap I dalam tingkatan 4. Waktu tu I dalam kelas aliran Sains Tulen.Kebetulannya I baru sahaja bertukar ke sekolah tersebut.Jadi, dalam banyak-banyak kejadian.. ada satu kejadian ni berlaku dalam kelas Matematik Tambahan. Ada seorang guru baru, masuk ke dalam kelas kami.Kononnya dia dulu daripada sebuah sekolah berprestasi tinggi swasta.Lagaknya macam Ayam Jaguh masuk gelanggang.Elok sahaja masuk ke kelas dia mula bercerita dan memandang para pelajar dalam kelas kami macam serba tak kena pada matanya. Tiba-tiba dia menceritakan kebanggaannya menjadi salah seorang ahli sekolah berprestasi tinggi dulu. Kemudian tak segan silu 'angkat bakul sendiri'  dan yang buat I sakit hati bila dia mula memandang rendah para pelajar yang memilih bidang sastera dan yang selainnya daripada bidang sains. Dengan penuh rasa bangga dia berkata, masa depan

Genetik :Baka anak Genius?

Image
Salam mesra.Hi semua blogger.Harap sihat2 belaka.Yang sakit makan ubat cepat, jangan biar melarat, yang dah melarat ,buat2lah solat sunat taubat..takut tak sempat. Bismillahirahmanirrahim.. Betul ke, Genetik boleh mempengaruhi Intelektual (kecerdikan dan kecerdasan otak) anak-anak? Bermaksud, kalau nak anak bijak , kena pilih pasangan yang bijak2.Mak kena jadi bijak, hasil daripada baka bijak dan bapak jugak kena daripada baka bijak? Betul ke ni?? Maksudnya, kalau mak atau bapak  yang kurang cerdik atau dua2 mak dengan bapak memang langsung tak berapa nak cerdik, tak ada peluanglah nak hasilkan benih yang cerdik? tak ada peluang nak dapat waris yang high level intelektualnya? Adik Adi Putra-Genius Matematik Malaysia Menurut The California State Department of Education ,terdapat lima bidang pengkelasan utama untuk mengkategorikan seseorang kanak-kanak itu sebagai Genius ( berkebolehan luar biasa)  iaitu: 1.Keupayaan intelek yang tinggi. • Ini ditentukan oleh ujian IQ • Antara keupayaan

Eeeiii..muka cantik tapi..??

Image
Haluuu..you all sehat? Thanks sebab sudi singgah ye?  Semua pernah tak tengok iklan ni? (iklan dari :google) Haha..lawak tul iklan ni! tapi hari ni bukan nak cerita pasal tu.Bukan nak promote product, semua pun bukan. Nak tanya you all mana lagi penting, cantik luar ke.. cantik dalam? Ke dua2 kena cantik bak kata orang cantik luar & cantik dalam? Okeyh al-kisah.Mungkin antara pembaca blog ni ada yang pernah duduk di asrama. Pernah ada roomate, kawan baik atau classmate.Pernah tak kan, you all dapat roomate yang muka cantik, pakaian bukan main up to date ,bergaya, anggun, diva de boom! Bam boom Bang! Tapi...?? Bekas makanan seminggu 'peram' tak basuh2.Baju recycle 10,20 kali baru basuh, Cawan, sudu,garfu simpan sampai cukup sebulan..sampai berkulat2.Almari baju..tak payah nak ceritalah..berterabur macam tong sampah. Rumah ke, sarang  tikus ni? Tu belum masuk bab lain2.Baju dalam bakul bertimbun-timbun sampai tak muat bakul.Al maklumlah stok baju banyak..mengalahkan gudang fa

Otak..oh Otak!

Image
Apa yang you all tahu pasal otak? Otak-otak?  Tahu tak, akal adalah anugerah paling istimewa yang membezakan manusia dengan haiwan dan makhluk lain.Akal manusia adalah melalui kurniaan yang tak ternilai iaitu otak! Sedikit perkongsian mengenai otak manusia (walaupun mungkin dah basi sebab ramai dah tahu) : Otak manusia terbahagi kepada beberapa bahagian.Bahagian penting yang terkandung  di dalamnya adalah : 1)Serebrum Serebrum adalah bahagian terbesar otak dan merupakan sebahagian utama otak. Ia menempatkan pusat saraf yang mengawal deria, aktiviti motor dan kecerdasan. 2) Serebelum Bahagian kecil ini adalah rantau kedua terbesar otak. Ia terletak di belakang   dan di bawah serebrum dan di belakang stem otak dan melekat pada otak tengah. Ia mempunyai dua hemisfera dan korteks luar. Bahagian ini yang terlibat dalam pergerakan dan koordinasi, berjalan, postur, refleks, mata dan pergerakan kepala. Ia menyelaras pergerakan bawah sedar seperti keseimbangan dan pergerakan diselaraskan. Bahag

Didik Anak bukan macam ternak Lembu

Image
Bismillahirrahmanirrahim..syukur saya masih berkemampuan untu menulis di dalam catatan kecil ini. Semoga pelawat2 blog yang tak jemu2 berkunjung ke sini sihat belaka. Saat terdengar khutbah Jumaat hari ini, hati terpanggil untuk menulis entri ini.Walaupun ramai yang sedia maklum dengan mungkin sebahagian daripada informasi yang saya kongsikan ini, saya tetap ingin kongsikannya dengan kalian semua. Didik anak bukan macam ternak Lembu.Pernah anda lihat Lembu? Pernah lihat orang menternak Lembu? Bagaimana agaknya keadaannya? Senang? atau susah? saya kira dah tak ada yang senang dalam dunia ni.Semuanya bermula dengan susah barulah jadi senang.Lihat sahaja Allah cipta manusia.Sebelum kita boleh berjalan dan berlari seperti hari ini, adakah kita tak pernah melalui saat kesukaran? Bohonglah jika anda jawab tidak! Kita melalui pelbagai peringkat sebelum boleh berjalan seperti hari ini.Sejak kecil kita mula meniarap,merangkak, bertatih, sehingga beberapa kali terjatuh barulah kita berjalan dan

Hemofilia

Image
Assalamualaikum.Terima Kasih masih sudi berkunjung ke sini.. Apa Itu Hemofilia? Hemofilia adalah satu penyakit yang terjadi akibat daripada gangguan pendarahan yang jarang berlaku di mana darah tidak membeku secara normal. Pesakit hemofilia, menderita kerana darah mereka sukar membeku selepas terluka atau mengalami kecederaan.Ia boleh melibatkan luka di bahagian luaran (kulit) dan juga menyebabkan penghidapnya mengalami pendarahan dalam badan (dalaman), terutama di lutut, pergelangan kaki, siku dan sendi. Pendarahan ini boleh merosakkan organ-organ dan tisu-tisu badan pesakit serta boleh mengancam nyawa. Hemofilia biasanya diwarisi. "Warisan" ertinya gangguan tersebut dipindahkan dari ibu bapa kepada anak melalui gen.Genetik ibubapa biasanya akan diwarisi oleh anak-anak.Melalui konsep pewarisan gen inilah penyakit ini tersebar kepada waris (anak). Individu yang dilahirkan dengan hemofilia mempunyai faktor pembekuan darah yang sedikit atau langsung tidak ada faktor pembekuan.